Sunday, August 12, 2012

Kawin Awal

Assalamualaikum..

Baru-baru ini kita digembar gemburkan dengan kisah 'REMAJA KAWIN MUDA' terfikir aku seketika salahkah kawin muda??? teringat sabda Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud sebaik-baik wanita ialah yang cepat berkahwin dan cepat mendapat anak. Amalan orang tua-tua kita dulu adalah selaras dengan hadis tersebut. Mereka segera mengahwinkan anak gadis mereka apabila sudah cukup syarat dari segi syarak.

Aku bukanlah ingin megulas isu remaja tersebut, anda boleh fikirkan sendiri, tepuk dada tanya IMAN.. mm.. waktu dulu gadis berumur 17 tahun sudah berkahwin. Ada yang semuda umur 15 tahun. Mereka dikurniakan zuriat yang ramai – suatu kebanggaan baginda Nabi atas umatnya. 

Tiga perkara yang perlu disegerakan... Sabda Rasulullah saw, ·"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”. · Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan.∙ Yang pertama∙ apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya. Yang kedua: Nabi saw menyuruh kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan. Yang ketiga: Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.

 Hari ini ramai wanita lewat berkahwin. Ada yang sengaja ingin lewat kahwin kerana belum bersedia. Ada yang lebih mementingkan kerjaya. Di samping itu terdapat juga yang sudah bersedia tetapi tiada jodoh atau pinangan. Apa kan daya? ada juga yang sudah bersedia, keluarga tidak setuju dengan seribu macam alasan, alasan yang biasa kita dengar "biarlah budak tu belajar lagi, biarlah dia kawan2 dulu dengan si polan si polan", tidak kuranag juga yang terlalu rijik dalam pemilihan calon suami atau isteri si anak...mereka merelakan perkara yang haram dan menlarang perkara yang halal. Kenapa hal ini berlaku??

 Kononnya zaman telah berubah – zaman moden katakan. Sebab itu ramai juga yang sudah berumur tetapi masih tidak kahwin. Bukan tidak mahu tapi… Apakah sabdaan Nabi tadi tidak sesuai lagi pada zaman moden ini?

 selain membesarkan dan memberikan didikan agama, satu lagi kewajipan ibu bapa atas anak gadis mereka ialah mencarikan jodoh untuk anak gadisnya. Tetapi ramai ibu bapa hari ini seolah lupa akan KEWAJIPAN yang telah jelas dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Ibu bapa seakan berpuas hati kalau anak gadis mereka dapat belajar di peringkat tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Adakah itu sudah memadai bagi seorang anak gadis??? Teringat ceramah Dr. MOhaya
yang pernah ku ikuti, "Sebenarnya perkara berkenaan jodoh untuk anak gadis adalah suatu perkara yang besar dan perlu diambil berat. Walau setinggi mana pun pangkat, darjah kemuliaan seorang wanita itu adalah sebagai seorang isteri kepada seorang suami, seorang ibu kepada anak-anak. seorang wanita dipandanag mulia apabila dia dijodohkan, ibu bapa sepatutnya berbangga apabila anak mereka dipinang orang. Sebab itu sedemikian sabdaan Nabi bahawa sebaik-baik wanita adalah yang cepat berkahwin dan cepat pula mendapat anak (zuriat). 

Semoga kita dapat mengamalkan pesanan Nabi ini dan sampaikan pada saudara-saudara kita yang lain.


Wallahu a’lam.