Wednesday, September 12, 2012

Ujian itu tarbiah kehidupan... kisah renungan





Warkah seorang sahabiah yang perlu sama-sama kita ambil iktibar..

Assalamualaikum..

Kiriman doa buat sahibah yang amat kusayangi kerana Allah…
Alhamdulillah…ana di sini sentiasa berusaha meningkatkan diri ,walaupun kekadang terasa lemah..doakan ana selalu yeJ

Sahibahku , hajat ana menyusun bicara pada kali ini sekadar perkongsian hati..cerita ni dah lama..tapi baru sekarang ana rasa ada kekuatan untuk meluahkan..cerita ni adalah salah satu pengalaman yang telah mendidik ana sehingga ke hari ini..

Sebelum tu,ana nak tanya anti,pernah dengar tak kata-kata ni: ‘’pengakuan kita terhadap perasaan cinta adalah satu pengiktirafan yang jauh dari pengaruh jahiliyah..kerana perasaan ini adalah fitrah anugerah Allah’’ J..bagi kita yang ada fikrah, perasaan itu boleh kita salurkan agar mengapai CINTA ALLAH. Seterusnya mencintai manusia-manusia yang ingin kita bimbing mereka mengenal Allah. Namun perasaan ingin menyayangi dan di sayangi antara lelaki dan perempuan tetap ada kan?

Erm..sahibahku,satu hari dtg seorang sahibah ana..dia nak ckp sesuatu dengan ana..lalu,kami cari tempat yang jauh dari pendengaran orang lain..sblm tu dia kata, lepas dia solat ..dia sebak dan sedih,kerana teman rapatnya dah tak ada kat Matri..jd tak boleh berkongsi hati..katanya,dia berdoa agar dia di berikan teman yang boleh berkongsi..slps tu katanya dia teringatkan ana..terus dia cari ana..terkejut juga sebab ana tak la rapat dengannya..ana rasa, ana bukanlah orang yang layak untuk menjadi tempat di luahkan rasa, tapi Allah susun semua ni untuk tarbiyah ana..di situ dia menangis dan mula berkongsi rasa hatinya..dia tak tahan dengan masalahnya..sampai katanya,dia rasa nak kahwin cepat je..ye lah,bg dia kalau dah kahwin boleh berkongsi rasa hati dengan suami sendiri..n dia menyatakan harapannya pd seseorang..saat ana dgr pengakuannya..jiwa ana tersentak..hati ana mula sebak.. krn pemuda yang di sebutnya itu juga hadir di hati ana..ana cuba menyembunyikan perasaan ana..sedangkan hati ni dah menangis..jujur sahibahku,ana mengagumi keperibadian pemuda tu..tapi bila ana mendengar pengakuan yang tulus dari seorang sahibah membuatkan hati ana simpati padanya..simpati sangat ,sehingga mendorong ana mendoakan hajatnya terhadap pemuda itu..

sahibahku,sukar ana nak cerita hati dan perasaan ana wktu tu..ana berpura-pura kuat dan memujuk hati sahibah sendiri yang dalam kesedihan dan pengharapan,sedangkan hati ana sendiri tak terpujuk..tp,ana yakin,saat itu Allah yang kuatkan dan menenangkan hati ana..kalau tak, mungkin sahibah tu tetap sedih walaupun dah berkongsi dengan ana kan?..slps kami berpisah,hati ana sedih tapi lebih kuat hadir rasa sayang buat sahibah ana sendiri. Hanya Allah tempat mengadu..Hanya Allah yang tahu..dalam masa yang sama, ana teruji juga dengan beberapa perkara..

slps peristiwa tu,ana rasa ana selalu berlakon mesra bila berada di tengah-tengah sahibah..hakikatnya, hati ini dalam kesedihan..walaupun zahirnya sahibah2  sekeliling ana,tapi hati ana rasa jauh dari manusia dan selalu merintih lemah di sisi-Nya..teringat ana pada kata-kata yang pernah anti bagi pada ana ‘’ orang yang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah dan Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati walau payah kerana itulah jalan ke Jannah’’..ingat lagi ke?, J  saat tu,ana benar-benar rasa Allah adalah teman hati,teman berkongsi yang sangat memahami..Dia yang telah menghiburkan hati ini..sampai hati ana terdidik dengan satu kata-kata , ‘’cukuplah Allah bagiku’’

sahibahku..ana mula tersedar?,mengapa mesti mengharap sesuatu yang tak pasti ,sedangkan cinta Allah itu pasti dan tidak rugi..beberapa peristiwa dalam hidup ana telah banyak mendidik ana erti cinta…erm..perubahan sikap ana wktu tu di sedari sahibah-sahibah sekeliling,sampai ada seorang sahibah kata pada ana, ‘’anti ada Allah je!’’ pada mulanya ana terasa dengan kata-kata tu..ye lah ana sedar, ana banyak mengasingkan diri ketika mereka berkumpul ramai-ramai..kerana saat itu tentu sahibah-sahibah nak gembira ,bergurau senda.. sedangkan jiwa ana berlawanan dengan situasi mereka..wktu tu,ana berusaha mentarbiyah hati sendiri..ana sibukkan diri dengan menghafal Quran. saat tu,hati ni terasa hampir dengan Allah..Dialah temankuJ..lebih rasa terlalu gembira bila ana rasa ada satu panggilan mesra penuh kasih sayang iaitu Allah sudi menerima ana sebagai tetamu malam-Nya.. Tak tahu nak luahkan rasa tu..

erm,wktu tu ana muhasabah diri..knpa ana boleh jd mcm ni? Patut ke seorang Daieyah sedih dalam hal-hal  mcm ni?..setelah lama,baru ana sedari..banyak hikmah  dalam ujian ini. Allah memberi ana pengalaman melalui/merasai perasaan mcm ni untuk ana mengenali KEHEBATAN CINTA ALLAH.Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar.. selain itu,ana rasa mudah untuk memahami jiwa-jiwa mereka yang berada dalam masalah cinta..Hikmahnya, ana rasai setelah sahibah-sahibah..adik-adik yang datang mengadu masalah hati mereka.Sahibahku, ketika ana menghadapi situasi yang menyedihkan tu,orang pertama yang ana ingat.. adalah anti.Rasa nak sangat kgsi bebanan jiwa ni dengan anti..tp Allah tak izin. Ana yakin, Allah benar-benar nak ana berkongsi hanya dengan-Nya. Tapi hati ana sering terhibur..rasa tenang bila menerima warkah-warkah cinta dari anti J.

Erm..sehingga kini sahibah tu masih berkongsi..Alhamdulillah..dan sahibah-sahibah yang lain yang pernah berkongsi perkara yang sama juga terus berkongsi..bila ana  mendengar perkongsian mereka..terasa mudah untuk ana memahami dan membantu jiwa mereka.. menjadi pendengar ,seterusnya menjadi penasihat..harapan ana agar maksiat hati tidak membarah di jiwa mereka..inilah peranan kita kan? bukan mencipta gosip-gosip pada mrka yang pasti akan menganggu proses tarbiyah berjalan dlm diri mereka.Alhamdulillah..sekarang ana tak ada apa-apa pun,Cuma ada la jugak beberapa perkara yang Allah nak uji..Mungkin Allah nak suruh kita tingkatkan diri.kan Allah dah janji perempuan yang baik juga untuk lelaki yang baik..jadi mungkin situasi ana sekarang tak cukup syarat untuk menerima janji Allah tu..sbb tu Allah dtgkan ujian kan?..doakan ana SABAR dalam menempuh kehidupan ini sementara Allah nak kurniakan kehidupan yang Hakiki..Sahibahku,sudilah anti menjadi sahibah ana yang selalu mengingatkan ana pada Allah ye..!

Sahibahku, ana harap sangat setiap perkongsian ana ada pengisian, pengajaran yang terbaik untuk kita semua...sedarlahlah sahibah sefikrahku,..kita para daieyah..kita harapan ummah..selagi Allah masih meminjamkan nyawa,ingatlah! Kita ada mas’uliyah yang kita akan di soal Allah..Sahibahku,ana sayang anti…jd ,tegurlah ana..bimbinglah ana…doakan ana…salam rindu…


                                                                                                                                       
                                                                                                                                            [Hamba Allah]





Alhamdulillah…
Saudara-saudari pembaca,Warkah ini merupakan luahan hati dari seorang sahabiah..namanya di rahsiakan.. saya berkongsi warkah sahabiah ini dengan harapan para pelawat blog ni akan mengambil iktibar dan pengajaran setelah membaca warkah sahabiah ini..

 Pembaca sekalian, saya ingin mengajak jiwa-jiwa kita semua bermuhasabah..sejauh mana pergantungan hati kita saat menghadapi ujian-ujian dari Allah. saya ingin kita sama-sama menyelami..apakah rahsia yang menjadikan sahabiah ini kuat dalam menghadapi situasi seperti ini? 

Ana teringat akan firman Allah dalam surah Al-Fath..ayat ke-empat yang bermaksud:

‘’ Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka [yang telah ada]..’’

Dari kalamullah ini dapat kita fahami..Allah memberi sesuatu ujian pada orang-orang mukmin dengan bermaksud ingin menambah keimanan mereka. Secara fitrahnya..manusia akan lebih hampir dengan Allah ketika saat-saat kesusahannya. ketika jiwa-jiwa yang beriman dalam kesusahan..kesedihan..kepiluan.. kepedihan ..kelemahan..kejatuhan..kesengsaraan..ketahuilah! saat itu Allah menemani-Nya. Allah ingin mereka merasa hampir dengan-Nya.Ujian- ujian-Nya mendidik mereka lebih akrab dengan-Nya..bebanan perasaan mendorong mereka sentiasa merintih..mengadu kepada-Nya sehingga seluruh tubuh mereka terasa ringan untuk beribadah kepada-Nya dengan lebih khusyu’..

Tahap ibadah yang lebih istimewa..saat jiwa-jiwa terpilih menjadi tetamu malam-Nya. Di situ segala-galanya terluah..jiwa akan terasa satu sentuhan penuh mesra seperti yang di gambarkan oleh sahibah penghantar warkah tersebut..dan akhirnya bebanan jiwa bertukar menjadi satu kenikmatan yang sukar di tafsirkan..mengapa? kerana di situ terdapat rahsia kehambaan yang di rasakan..

Mg sedikit perkongsian akan membimbing kita mengenali KEHEBATAN SENTUHAN KASIH SAYANG-NYA. Insya-Allah.. ( perkongsian ini juga sebagai penguat hatiku dalam mengharungi liku-liku kehidupan , tangan yang menaip lebih dekat dengan mata yang memandang dan akal yang berfikir )



No comments:

Post a Comment