Saturday, December 4, 2010

tersebut lah sebuah kisah.....



FOR ALL MY LOVELY FREAND..LOVE U ALL BECOZ OF ALLAH.....
assalamualaikum....

lama tak menulis...hehe..tetibe je di petang yg mendung ni aku ase nak menulis. RINDU kat sahabat-sahabat masa kat sekolah dulu..lebih2 lagi bile dengo lagu yg kat bawah ni..huhu..cewah feling abis la konon..hahaha..mmm..tapi lagu kat ni sebenarnya banyak makna tersurat dan tersurat lam hidupku..huhu..sedih nak citer sebenarnya..tapi bab kata org PENGELAMAN membuatkan kita lebih matang dalam menilai seseorang..huhu..

kenangan berputik..masa kat sekolah lu member2 pompuan mengenali aku ni dalam katogari dak yg giler2..hahaha..sape tak kenal aku kat asrama..maklum lah masa sekolah lu gak aku jadi penolong ketua asrama..penolong je pun..hehe..so ramai la yg kenal aku gak..budak yg banyak cakap,suke gelak,agak nakal dan juga tukang wat lawak..hoho(jgn ikut aku ye,maklum la zaman jahiyyah lu banyak laghro..huhu)
tapi di kalangan dak laki aku dikenali budak yg sombong,susah senyum,garang n yang sewaktu dengannya..haha..lucu gak sal dyeorang dak tahu perangai sebenar dak tak matang ni..hoho..mmm..gitu la..

rindu sangat2 sesuasana sekolah lu..huhu..lau kat sekolah ada lah gak org nak nasihat..rindu kat USTAZH MAHFUZAH( akak kami di SMAPT y tk jemu ingatkan kami..huhu..RIIIIINNNDUUU), cikgu haris(sempoi tpi kata2 penuh makna walaupun first aku tengok muke cikgu ni memng aku menyampah gile ye la kan aku bukan dak baik..hoho..tapi lama2 aku leh respect n cikgu ni gak la yg menyebabkan aku jadi minat gile2 kat matematik..hehe..mekacih cikgu), USTAZAH WAN FAUZIAH (dye lah bonda kami di SMAPT)dan seme la cikgu2 aku yg tak lekang nasihat kami..huhu..lau dah masuk u ni sape nak peduli..sendiri2 la pandai nak idup..pandai2 la bawak diri..




bile lihat balik kawan2 aku masa kat sekolah lu..sedih sebenarnya mengenangkan mereka..berubah 90 darjah celcius..hoho..eh cilap..berubah 90%..huhu..SEDIH kan..aku sokmo doa unk dyeorang moga2 Allah sentiasa bimbing dyeorang sal aku syg sangt kawan2 n sahabt2 aku, sampaikan aku penah nagis sbb terlaupau rindu kat dyeorang..hoho..tak tau la dyeorang gane sekang ni..huhu..mmm...mybe faktor persekitaran kot yg membuatkn mereka berubah..mmm..tak tau la..bagi aku yg tak bape nak baik ni gak..semenya bergantung pada diri..apa kata omputeh tu LIFE WILL NEVER BE THE SAME LIFE IS CHANGING..hehe..btol dak tu(dak pandai cakap omputih ni).hehe..tapi tu la idup tak kan berubah kalau kita yg tk merubahnya..

KISAH YG PALING CEDIH DAN AKU TAK LEH LUPA...huhu..aku ada seorang sahabat yg agak rapat la ngn aku..(tak perlu la aku gitau sape)...aku tak tahu ape puncanya ye leh benci aku..siap kutuk aku gi..yg paling aku geram ye menyampah kat aku sebb selalu naihat dye..ada gak org gini ea..huhu..tu la gak aku jarang dah nk nasihat lebih2 kat member2 aku yg sekang ni...huhu..(SALAHKAH AKU WAT GINI)..tapi bile cikgu aris tulis kat wall razif ari tu..aku mcm tersedar balik..BIARLAH DYEORANG BENCI AKU ASALKAN AKU JALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB aku..bab kata lecture aku gak ustaz Rozaimi "kite ni nak suruh org buat baik senang je,tapi nk suruh org tinggalkan bende tak baik itu yg susah" teringat ustaz cite bagaimana RASULULLAH dipulau dan pengalaman ustaz sendiri yg banyak org benci..huhu..terima kasih ALLAH..aku anggap tu seme teguran dari ALLAH agar aku tak putus asa nak bimbing sahabt2 aku..walaupun sekang ni semenya macam nak jauhkan diri dari aku..huhu..BUAT SAHABAT2ku (lau ada yg sape2 trbace la blog aku ni) apa yg aku buat tak lebih hanyalah nk ingtkan diri aku ni gak n sebab aku snagt sayangkan korang seme..kalau boleh apa yg aku tahu n apa yang aku da sekang ni aku nak kongsi segalanya ngn korang seme..walaupun ada yg membenci (buat yg membenci diri ini) aku tetap anggap korang sebagai sahabt aku..walaupun aku bukan la baik sangat..tapi ingatlah teman LIHAT APA YG INGIN DISAMPAIKAN BUKAN LIHAT SIAPA YG SEDANG BERCAKAP,sal nak tunggu org yg perfect memang tak de..sal manusia ni tak de yg sempurna.. sama2 kite berubah ye n sama2 kita leh masuk syurga ALLAH..aku nak masuk SYURGA ngn korang semua..dengarlah sahabt2 semua..huhu..ish...panjang lah plak aku ni membebel..hehe..telebih sudah~~



ok lah akhir kata...aku pun tak de edia dah ni,hehe..salam rindu buat sahabat2 semua...moga anda semua boleh jadi lebih baik dari diriku..sama2 kita didik diri jadi wanita solehah na..aku rindu nk jumpa korang semua..huhu..moga ukwah kite kekal hingga ke syurga..amiin..

nurkilah seorang perindu
STANZA SEPI~~

Thursday, December 2, 2010

BANTULAH AKU MELAWAN NAFSU



Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku....

INSAN DAMBA KASIH RASUL CINTA ILAHI...ALLAH....

Tuesday, November 30, 2010

Epilog Noda Semalam, Kemanisan Taubat | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Epilog Noda Semalam, Kemanisan Taubat | iluvislam.com + discover the beauty of islam



menitis air mataku membaca kisah ini,secebis kisah pengajaran buat kita.teringat diriku yang hina ini juga pernah terjebak dengan cinta tak halal ini.terasa malu pada diri ini dan Allah SWT. aku seorang pelajar agama dan juga berperinsip tidak akan bercinta melainkan selepas kawin akhirnya prinsipku ternoda dek cinta buta ini..Al-hamdulillah Allah sayangkan diriku dan aku cepat tersedar dari lena yang panjang ini. duhai sahabat-sahabtku yg sedang atau ingin menjalinkan hubungan tidak halal ini..insaf dan kembalilah ke pangkal jalan teman2ku sekalian sebelum anda terlambat..CARILAH CINTA ALLAH TESCAYA KAMU TIDAK AKAN DIKECEWAKAN, INSYAALLAH jika ia adalah jodoh kamu,kamu akan memilikinya tanpa perlu kamu melalui jalan tidak halal ini..buat teman2 yang belum pernah merasai cinta yg tidak halal ini,jangan pernah ingin mencuba kerana padahnya amat dasyat,segalanya sia-sia..masa kamu,wang kamu.maruah kamu sebagai wanita...syaitan akan bersorak apabila segala muslihatnya berjaya..ingatlah teman2 berusahalah menjadi yg solehah baru lah boleh mendapat insan yg soleh..usah didamba cinta manusia yang hanya sementara ini~~

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabatku, dosa muslimin dan muslimat.

Kau panjangkanlah usia kami, Kau rahmatilah kami Ya Allah, Lindungilah kami daripada gangguan jin dan syaitan Ya Allah, masukkanlah kami dalam syurgamu Ya Allah.

Kau berilah petunjuk dan hidayat kepada kami Ya Allah, serta janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami.

Ya Allah, diri ini hanyalah hamba yang lemah lagi hina, Kau suburkan cinta kami buatMu serta rasulMu. Bimbinglah hati kami ke jalanMu Ya Allah.

Berilah kemanisan iman kepada kami Ya Allah. Hanya padaMu kumohon pertolongan Ya Allah. Tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan kepada kami Ya Allah.

Lapangkanlah hati kami, sucikanlah hati kami serta bersihkanlah jiwa kami Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zaljalali wal ‘ikram.

Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah, Kau kasihanilah hambaMu ini Ya Allah.

Monday, November 22, 2010

AKU TINGGALKAN DIA DEMI ALLAH...INSYAALLAH~~


Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

- Artikel iluvislam.com

Aku Ingin Mencintai Mu.wmv



Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU.... betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU....:((

Sunday, November 21, 2010

salam imtihan buat sahabt2 semua




ingat ye sahabat-sahabat dan teman-teman semua..betolkan niat kita..semuanya kerana ALLAH ^_*

Saturday, November 6, 2010

renugan buat diriku dan sahabat perjuagan...


Sahabat..

Marilah mengembara bersamaku
Melalui lorong-lorong hidup manusia..
Pelbagai onak dan ranjau
Penuh mehnah dan ragam

Lihatlah sahabatku..
Manusia-manusia disekelilingmu..
Ada di antara mereka bahagia kerana harta..
Ada di antara mereka derita kerana musibah..
pada bahagia ada yang alpa..
pada derita ada yang redha..
lalu ku singkap sebuah bicara
sesungguhnya pada penciptaan manusia..
xdijanjikan kesenangan sepanjang kembara..
namun akan diiringi setiap langkah
andai iman itu kau jadikan tahta..

ingatlah sahabatku..
Tidak semua yang kita harapkan di dunia ini akan kita peroleh..
Jua bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan dengan sekelip mata..
Perlukan usaha dan pengorbanan yang tiada sudah..
Namun hasilnya ada pada ketentuanNya..
Dapatkah kau rasa..
Perjalanan hidup yang sentiasa mengharapkan Dia
Walau dalam lalai dan leka..
Kita masih memohon belas kasihanNya..
Terasa diri hamba yang penuh nista
DaripadaNya turun begitu banyak nikmat dan anugerah..
Namun begitu sedikit pengabdian dan rasa kesyukuran yang sampai kepadaNya..

Sahabat..
Tahukah kalian betapa dunia ini semakin dimamah usia
Bahawa sesungguhnya kematian semakin menghampiri kita..
Dalam sedar jua lena
Suatu saat kita akan kembali kepadaNya..
Namun bukan itu yang merintih jiwa..
Bukan itu yang menggamit rasa..
Yang ku resah menghitung masa
Adalah bekal yang akan ku bawa..
Menghadap Dia yang Esa..


Sahabat..
Layakkah kita untuk ke Jannah..
Penuh nikmat tanpa hampa
Pada sungai mengalir indah
Pada syurga kelazatan tak terhingga
Namun tak pula sanggup hatta melihat neraka
Penuh siksa tanpa bicara
Tak guna sesal mahupun nasuha
Hakikatnya terhimpun balasan noda dan dosa
Sengsara menanggung azab tak terkira..


Kerana itu sahabat..
Ku bawa dirimu meneroka..
Menyingkap rahsia adam dan hawa..
Yang pada dunianya kelihatan begitu indah
Terlupa fantasinya kehidupan sementara
Menggumpul dosa melebur pahala
Sehingga lupa menghitung singkatnya kembara..
Agar pada seketul daging bernama hati..
Akan kita tinggalkan secebis memori
Ingatan sepanjang melintasi mimpi
Bahawa kita ada satu misi..
Bertemu cahaya dan redha Ilahi..


Sahabat..
Betapa singkatnya perjalanan kita..
Saban hari tak terlepas melakukan salah
Bertuahnya kita sebagai hamba
Kepada Tuhan yang Maha Bijaksana
Maha Pengampun Maha Pemurah
Walaupun segunung dosa telah dikumpul..
Walaupun hanya sedetik rasa keinsafan..
Walaupun cuma setitik airmata penyesalan..
Namun pintu taubat sentiasa terbuka..


Pernahkah kita terfikir sahabat..
kita telah melafazkan 2 kalimah syahadah
Bersaksikan pengabdian kepada Tuhan yang Esa..
Dan pengakuan Rasulullah sebagai pesuruhNya..
Dan saat itu kita Islam yang nyata
Namun cukupkah hanya sekadar bertopengkan Islam sebagai agama?
Sedangkan mata tidak digunakan untuk melihat kebesaranNya..
Telinga tidak digunakan untuk mendengar seruan kekasihNya..
mulut tidak digunakan untuk amal makruf ikhlas keranaNya..
Tangan tidak digunakan untuk nahi mungkar demi kesucian syariatNya..
Dan kaki tidak melangkah untuk berjihad kepadaNya..
Layakkah diri berasa beriman dengan kitabNya?
Helai demi helai menyuruh hambaNya melakukan perintahNya..
Lembar demi lembar menyuruh hambaNya meninggalkan laranganNya..
Namun apakah kita beramal dengannya?
Surah demi surah telah tercatat kisah teladan..
Berbaur keimanan dan kejahilan cucu Adam..
Dari satu kurun beralih zaman..
Menjadi pedoman dan renungan berpanjangan..
Adakah kita mengambil iktibar daripadanya?
Malunya diri ini tatkala menilai rasa kehambaan..
Tatkala menghitung bait-bait pengabdian
Yang semestinya tak mampu menebus segala kekesalan
Pada jiwa hamba yang sarat pemberontakan..


Kerana itu sahabatku..
Ruang waktu ini ku bawa dirimu bersama
Memuhasabah diri yang penuh aib kejahilan..
Agar saat dihitung amal perbuatan kita
Akan kita saling bertemu dalam redhaNya
Menuju syurga yang kekal bahagia

Abadi buat selama-lamanya..

Thursday, October 14, 2010

untukmu wanita.....


Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu

Wednesday, October 6, 2010

Alam Maya VS Alam Realiti..renung-renugkan..amik iktibar..



Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..

Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..


Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..

by: Iluv Islam

Tips/Panduan Atasi Zina Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tips/Panduan Atasi Zina Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Saturday, September 25, 2010

Nasyid - Nostalgia (Shoutul Amal)

ukwah fillah bahagian 2...jom bace ^_^

Doa dari seorang sahabat:
Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya.

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "

Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang.

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk.

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening.

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.

" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang.

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. "

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.

" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya.

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah.

" Insya Allah, Mardhiyyah. "

***

" Mama! "

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu.

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana.

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. " sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.

Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.

ukwah fillah bahagian 1...jom bace ^_^

Wish for Hana comel...

* Thanks for everything...
* Jangan lupa aku ye... Forget me not...
* Semoga berjaya dalam exam nanti...
* Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
*Love you forever...

Sahabatmu,
Mardhiyyah

Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini.

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar.

" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.

" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah.

" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? "

" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. "

Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?" Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah.

" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? "

Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa.

Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan.

" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan.

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana.

" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. "

Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;

" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. "

Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.

" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib.

" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.

" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud:

" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. "

" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya.

" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah.

seindah hiasan...idaman mujahid..


Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.
”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.

Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi bukti bahawa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar beriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotillah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senang lenang di dalam kamus hidupnya, yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu kesukaran lagi.

Tetapi, walaupun begitu susah perjuangan ini, mereka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dan Khabab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keimanan yang tinggi kepada Allah, maka mereka diberi keistimewaan berada disamping Allah.

Ayuh pejuang!!! Bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahawa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Perjuangan ini penuh onak duri dan segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentisa berada di sisi kita.

Mampukah aku menjadi wanita solehah???


mampukah aku menjadi spt SITI KHADIJAH? agung cintanya kpd Allah n RRasulullah,hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah penawar hati kekasih Allah,susah n senag rela bersama...
dapatkah kudidik jiwa spt AISHAH HUMAIRA? isteri Rasulullah yg bijak pendorong kesusahan n pnderitaan tiada sukar unk dilaksanakan...
mengalir air mataku melihat pgorbanan puteri solehah SITI FATIMAH, akur dalam setiap perintah, taat dengan abunya yang sentiasa berjuang..layaklah dye sebagai wanita peghulu syurga, tapi AKU...KITE SEMUA..BAGAIMANA??
ketika ku marah inginku intip serpihan sabar dari catatan idup SITI SARAH,tabah jiwanya,setabah UMI Nabi Ismail mngendong bayinya yg masih merah mencari air penghilang dahaga, di terik padang pasir merak ditinggalkan suami akur tanpa bantahan..mengharapkan hanya pada Allah itulah wanita SITI HAJAR...mampukah aku menjadi wanita solehah? mati dalam keunggulan iman bersinar indah..harum tersebar bagai wanginya pusara masyitah....renungkan bersama...

Wednesday, September 1, 2010

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:



sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan 'melepak' pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Sunday, August 29, 2010

muhasabah diri





Bila kita memulakan sesuatu...

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat

Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah

Sebab tu bila ada masalah,

Kita cepat menyerah...



Bila kita berniat...

Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,

Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,

Sebab tu bila kerja tak menjadi,

Kita mula angkat kaki...



Bila kita berusaha...

Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,

Siang malam kerah tenaga dan masa...

Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,

Kita mudah putus asa...



Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...

Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.

Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.

Sebab tu bila dilanda masalah,

Kita marah tak tentu hala...



Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...

Kadang-kadang kita tetap alpa,

Nak sebut Alhamdulillah pun payah,

Berdoa pun sekali sekala,

Bersyukur sekejap cuma..



Sebab tu bila kita berjaya,

Allah datangkan ujian dan musibah...

Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,

Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..

Membenci diri memusuhi nadi.



Sedangkan...

Kita manusia ciptaan Allah,

Bernafas di udara yang sama,

Bila lemah Allah itu ada,

Bila derita Allah itu bersama,

Senang, susah, sedih, gembira...

Allah takkan lupa pada langkah kita.



Tapi sememangnya lahiriah kita,

Kadang-kadang lebih suka dipuji,

Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,

Kadang-kadang lebih suka dicintai,

Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,

Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,

Tapi lupa Allah sedang memerhati...



Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..

Pada masalah harus bersabar dan redha

Pada ujian harus tabah dan teguh

Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal

Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal..



Sama tetapi tidak serupa,

Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana

Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana

Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana

Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...



Di sana itulah yang perlu kita kejar,

Agar dunia mengikuti dengan redha...



Di sana,

Akhirat yang pasti...

Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!

jika aku jatuh cinta


CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Friday, July 30, 2010

cinta


Aku terpesona dek hiasan dunia
Seindah hiasan adalah dia
Mengheret aku ke lembah kenangan
Kenangan yang makin menyengat
Perasaan suka mula berputik
Tapi derita pula yang berbunga
Aku terpukau dek keayuan wajahnya
Kerana kesolehan dia
Kerana aku seorang insan biasa
Aku sedar rasa itu kian memuncak
Tapi aku sedar cinta aku hanya untuk ila

Saladin The Animated Series ep 1 [1/3]

Jika Rasulullah di samping kita hari ini…lau kana Rasulullah ya’ti a’alaina daqiqatan wahidah’….


Beg duit seorang wanita jatuh,lalu datang seorang lelaki yang brbasikal lantas mengambil beg duit tersebut. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagak sebagai penyelamat mengejar lelaki berbasikal tersebut..
Rupa-rupanya wanita tua itu sengaja menjatuhkan beg duit itu kerana ini merupakan salah sebuah rancangan reality tv oleh MBC salah sebuah stesen televisyen arab. Rancanagn ini begitu menarik yang dinamakan ‘lau kana Rasulullah ya’ti a’alaina daqiqatan wahidah’ yang bermaksud jika Rasulullah SAW datang kepada kita selama seminit..
Rancangan yang menarik ini sengaja mahu melihat kejujuran pemuda pada zaman sekrang denghan meletakkan kandid kemera. Mereka mahu membuat bancian tentng kejujuran orang awam di jalanan sama ada amanah atau sebaliknya dengan barang yang dijumpai di tepi jalan. Kemudian mereka akan mewancara sesiapa yang ‘terkena ‘ itu dengan bertanyakan soalan ‘jika nabi Muhammad datang kepada kamu ketika ini apakah yang akan kamu lakukan…?’
Ada salah seorang daripada orang awam yang diwanwancarakan itu menagis teresak-esak sambil berkata ‘tidak munkin Rasulullah datang! Tetapi aku amat mahu bertemu Rasulullah,mahu memeluk baginda… mungkin rancangan ini boleh ditiru oleh stesen-stesen telivisyen Malaysia.
Sejauh manakah kita cintakan Rasulullah?sejauh manakah sensitive kita terhadap masyarakat bukan islam yang menghina Rasulullah sebagaimana pelukis dari Denmark melukis karikatur menghina nabi? Adakah kita sekadar membaca sahaja atau hati kita tersentuh menagis kerana bila Rasulullah dihina,kita juga rasa turut dihina?
Hakikatnya, sejauh manakah hati kita sayang dan cinta kepda Rasulullah hanya kita sahaja yang tahu…atau kita hanya sirah Rasulullah hanya semasa darjah 4 dan 5 kerana mengikuti kelas KAFA mahupun fardu ain yang kita telah tinggal lama berbanding cerita gossip-gosip artis berbanding sirah Nabi. Tahukah kita berapakah anak Rasulullah?isteri Rasulullah ada berapa?bilakah tarikh wafat baginda?ketka umur berapakah nabi menerima wahyu?
Jika soalan-soalan ini hanya anda jawab,”elleh ini budak darjah 4 pun tahu” ataupun kita kata tak ingat kerana kali terakhir belajar dan terdengar sirah nabi pada umur 10 tahun! Atau anda merasa tidak cukup penting kerana merasa sudah cukup sdengan ibadat selama ini?maka,ini menunjukkan kita sanagt jauh dengan nabi.
Munkin soalan ini paing tepat denga kita…layakkah kita mendapt syafaat nabi semasa akhirat nanti? Layakkah kita meminum air telaga kauthar bagaimana dijanjikan Allah pada surah Al-kauthar yang di mana pada hari itu tiada dah air coca-cola,air ABC di sisi kita…?layakkah kita bertemu dengan nabi? Kenalkah nabi denga n kita walaupun kita mengaku kitalah umat Nabi Muhammad tetapi sirah nabi pu kita tak tahu?
Cuba kita bayangkan jika Rasulullah tiba-tiba datang ke zaman kita. tidak perlu kita bayangkan kita kembali ke zaman Rasulullah,tetapi Rasulullah datang kepda kita!kemudian menziarahi rumah kita. Rasulullah melihat di dinding rumah kita penuh dengan poster-poster artis,di dalam MP3 kita pula penuh dengan lagu-lagu inggeris berbanding al-quran 30 juzuk.
Kemudian Rasulullah masuk ke bilik kita, baginda melihat pula buku-buku di rak dipenuhi komik-komik dan majalah2 yang tidak menutup aurat berbanding dengan al-quran yang sudah berhabuk tidak disentuh. Kemudian di dalam computer riba kita pula penuh dengan cerita-cerita drama koria berbanding kisah sirah Rasulullah….
Kemudian baginda menagis melihat umatnya..
Pada masa itu layakkah kita yg mngaku cinta kepada rasulullah memeluk baginda? Tidak malukah kita kepada Rasulullah?jika kita merasakan pada waktu itu kita malu hendak membawa Rasulullah ke rumah kita, maka kita sendiri sudah tahu sejauh manakah kita cinta & saying kepada nabi Muhammad..
Jika selama kita hidup kita tidak pernah menitiskan ait mata kerana Rasulullah,agak-agaknya ingunkah baginda memberi air di telaga Kauthar kepada kita?mungkinkah ketika malaikat munkar nakir bertany akan kita siapakah nabi kamu?mampukah kita menjawab soalan itu tatkala malaikat bertanyakan kita di kubur yg gelap berbantalakan tanah dan diliputi kain kafan yang berwarna putih,tepuk dada Tanya iaman….<3..

Sumber: http:/halaqah.net/v10/index.php?page=418

Thursday, July 1, 2010

INNER BEAUTY MUSLIMAH


Perhiasan Dunia-Akhirat
♥-♥-♥

Wanita sholehah itu aurat di jaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini..

Keayuan wanita sholehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan wanita sholehah itu,
tidak terletak pada kemanjaanya
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncangkan iman para muslimin
Bukan dan tidak sama sekali..

Wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai

Wahai wanita Sholehah..
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
karena suatu hari nanti ia akan lapuk oleh zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalam,
agar diri ini bersih dan senantiasa mendapat Rahmat Ilahi
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama....


Malu karena Allah adalah perona pipinya
Penghias rambutnya adalah jilbab yang terulur sampai dadanya
Zikir yang senantiasa membaasahi bibirnya adalah lipstiknya
Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat
Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akherat
Kaki indahnya sellau menghadiri majelis ilmu
Tanganya selalu berbuat baik pada sesama
Pendengaranya yang ma'ruf adalah anting muslimah
Gelangnya adalah tawadhu
Kalungnya adalah kesucian

♥-♥-♥

Membaca sebait puisi yang tertulis di dalam buku Kotak kecantikan Ajaib yang ditulis oleh Ninih Muthmainnah (Teh Ninih) membuat saya berfikir bahwa mungkinkah kita bisa menjadi seperti apa yang beliau katakan. Buku yang menjelaskan tentang lika-liku seorang muslimah, bagaimana pentingnya mengutamakan kecantikan batin dari pada hanya memperhatikan kecantikan luar semata-mata. Yahh..wanita dengan segala keindahanya karena memang seperti itulah Allah menciptakan makhluk yang bernama wanita. Namun terkadang kecantikan itu yang bisa membuat wanita menjadi penghuni neraka terbanyak dibandingkan kaum Adam. tiada siapa yang tidak ingin disebut cantik? Semua wanita pasti menginginkannya. Berbagai macam cara dilakukan agar bisa terlihat cantik. Bahkan yang sebenernya tidak terlalu cantik, bisa mendadak jadi cantik kalau dia makeover tubuhnya disalon dan berdandan dengan pakaian yang moden. yalah…sanggup berhabis duit membeli barangan ekstra terus mengikut hawa nafsu asalkan tetep di pandang cantik.

“eh…aku dah cantik blum“

"cantik juga aku berhias macam ni”

“aku nak berdandan seperti dalam majalah ni, biar orang tidak memandang aku kuno dan kolot...”

"agak-agaknya si dia suka tak kalu aku bersolek begini, aku akan tampil meden”

Bla…bla…bla….banyak sudah omelan yang sering kita denger kalo wanita sudah berkata masalah penampilan atau kecantikan fizik. Memang kecantikan fizikal itu penting juga, dan tidak boleh dianggap remeh. Tapi, apakah hanya sekedar cantik parasnya, mata yang indah, suara merdu? Tentu saja tidak. Kecantikan luar itu tidak akan bermakna tanpa ada kecantikan yang datang dari dalam. Waduuhh…apa lagi nih? Kecantikan batin atau bahasa kerenya Inner Beauty.

Terkadang kita pernah melihat atau berbicara dengan seseorang yang sebenarnya dari penampilan fiziknya biasa-biasa saja, tapi ada aura yang terpancar dari dirinya yang membuat kita merasa tertarik padanya. Nah! Pesona inilah yang disebut dengan Inner Beauty. Menurut buku yang saya baca ini, Inner Beauty adalah suatu kekuatan yang tidak terlihat memancarkan keindahan, karisma seseorang. Tetapi pengaruhnya dapat dirasakan oleh orang lain yang berada disekitarnya dan juga memiliki ketaqwaan kepada Allah. Wanita yang senantiasa memelihara ketaqwaan akan dapat mengalahkan kecantikan yang hanya dimiliki lahiriah saja.

Ciri wanita bertaqwa adalah mencintai Allah dan Rasulnya. menutup auratnya, melakukan ibadah-ibadah sunnah, berdzikir kepada Allah, bergaul dengan orang-orang shaleh, merasa diawasi oleh Allah, mengendalikan hawa nafsu.


Sudah jelas mengenai inner beauty? Sekarang bagaimana caranya supaya memiliki inner beauty tersebut.

Seorang muslimah, dapat memancarkan aura keanggunan fiziknya dari kepribadianya sehingga dapat tampil mempesona. Agar aura kecantikan bisa terpancar, maka diperlukan adanya keseimbangan antara kecantikan fizik dan juga kecantikan batinnya.Bagaimana bisa menampilkan inner beauty? Kunci utamanya adalah harus tampil percaya diri, berfikiran positif, dan tidak menyesali keadaan. Mampu mengendalikan stress.dan tetap semangat dalam menghadapi segala cobaan. Manjaga hati juga penting! Supaya bisa terhindar dari rasa benci, dengki, iri, mencoba untuk menghargai orang lain, gaya hidup yang sehat serta pola makan yang seimbang.


Wah berat juga yaa…tapi mulai dicoba tidak ada salahnya kan?


Lantas, bagaimana caranya mengasah inner beauty tersebut?

# Berfikiran Positif

Berfikir positif pada diri sendiri dan juga pada orang lain. Muslimah yang berfikiran positif diyakini dapat membuat wajah lebih bersinar karena yang ada di dalam hati dan pikiran terpancar melalui wajah dan mata. Jangan menyesali kekurangan diri, lebih baik berfikir bahwa manusia memiliki kekurangan dan juga kelebihan.

# Rasa Syukur

Rasa syukur juga membuat kita terhindar dari penyakit hati. Bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan karena pada dasarnya Allah sudah menciptakan fisik kita sedemikian sempurnanya. Rasa syukur akan membuat batin terasa lebih tentram. Biasakan juga untuk mengulurkan bantuan dengan ikhlas bagi orang yang membutuhkan.

# Mengasah Kemampuan Intelektual

Dengan wawasan serta pengetahuan yang luas akan membuat wanita muslimah memiliki nilai tambah tersendiri.

# Hal yang tidak kalah pentingnya adalah SENYUM (^_senyum_^)

Karena senyum yang tulus dapat meluluhkan ketegangan jiwa dan membuat wajah lebih bersinar. Hiks! Senyumnya asal jangan disalah artikan saja yaa…..


Ciri-ciri wanita muslimah yang memiliki kecantikan inner beauty itu, mereka yang mampu bertoleransi dan berinteraksi dengan sesama, mempunyai rasa sayang terhadap siapapun, dan rendah hati serta kuat iman.

Heemmm…kira-kira…sudah ada blum yaa di diri ini ciri-ciri tersebut? Yah kalau kepingin punya ciri-ciri tersebut. Tidak ada salahnya kan mencoba mengikuti saran Teh Ninih??



wallahu'alam...

Semoga bisa bermanfaat dan Semoga itu aku, kamu dan kita semua wanita yang lainnya...
^_senyum_^

Tuesday, June 29, 2010

HATI KU MILIKMU.....


Puas sudah kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Ku dapat hanyalah kelalaian,

Ku cari lagi di hati seorang kekasih,

Ku dapat hanya kekecewaan,

Dan kuterus mencari,

Dalam meniti hari penuh kekosongan,

Oh,dimana lagi harus ku cari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat merindui,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan,

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti…kekosongan hati ini minta diisi,

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan,

Ku sedar,

Destinasi penantianku disini,

Ku mencarimu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagian,

Dari sinar cahaya iman……

HATIKU MILIKMU YA RABBI….