Thursday, March 31, 2011

Muhasabah facebook dan telefon bimbit


Notes ni ana dapat dr FB seorg sahabat... Sebagai renungan kpd kita semua termasuk diri ana... Kita sibuk bincang pasal perjuangan Islam tapi perkara "kecil" dipandang bagai debu2..

Kini, ramai yg paginya dimulakan dgn memeriksa inbox telefon masing2; kalau2lah ada sms daripada si dia, betapa banyaknya perhatian kita kepada manusia berbanding kpd Pencipta kepada segala-galanya (Allah s.w.t) . Adalah lebih elok jika kita mulakan pagi yg penuh rezeki itu dengan mengucapkan syukur kepadaNYA, sebab telah menghantar semula roh ke dalam jasad kita semula; setelah semalaman kita tidur dengan lena...

Ramai juga yang memulakan hari dgn "kegusaran di dalam jiwanya" akan persoalan2 megenai akaun facebooknya, bagaimana dgn pesanan terbaru yg perlu dijawab, permintaan menjadi rakan dan makluman terbaru, tak kurang juga komen2 yg menjadi keutamaan utk di balas semula, gambar2 yg ditambah dengan suka(like), dan ditag oleh kawan2 kita.

Jika inilh perkara utama yg kita sibukkan, maka tampaklah ummat akhir zaman ini telah mealpakan diri dengan dunia. Keutamaan ibadah harian entah kemana, solatnya, amalannya, bagaimana pula dgn mutabaahnya... apa yg menjadi kegusaran di hatiku adalah, teknologi yg menghubungkan ini, membuatkan manusia menabrak batas perhubungan, malahan; sudah tidak dikira ikhtilatnya. Mana tidaknya jika sampai ke jam 2@3 pagi masih setia tangannya membelek telefonya berbalas sms, jari jemari masih rancak menaipkan kata2 di ruangan chat facebooknya... Ada persoalan yg perlu difikirkan disini, adakah teknologi ini membuka kpd ruang utk tercetusnya musibah dan bala yg melanda? Ataupun, ia punca kepada fitnah segala?

Aku amat risau apabila diriku dan melihat teman2ku yg sentiasa ada telefon bimbit di tangannya; kerna pada hematku, inilah perbincangan yg peribadi, antara dua insan yg saling melontarkan kata2 yg bertujuan utk mempengaruhi antara satu sama lain, yg berhasrat utk menang, dan pada masa yg sama untuk memujuk..tambahan pula utk insan yg "berlainan jantinanya", risau aku risau.

Apakah perbincangan yg dimulakan dari awal pagi, hingga ke lewat malam, malahan ke awal pagi keesokan harinya..? membincangkan fatwa ke? Membincangkkan khilaf ke?
Padaku, elok utk kita muhasabah diri ttg dua benda utama dunia ini, pujuk diriku utk kembali kpd Al-Quran & sunnah, utk utamakan Allah & Rasul.
Padaku, eloklah kita bermuhasabah diri dgn facebook dan sekutunya, kerana takutkan kita dijerat dgn musibahnya di akhir nanti... ~Wallahualam~


Maaf kalo ada silap & salah.

Hamba yg serba hina di sisi manusia apatah lagi di sisi Allah..

Thursday, March 10, 2011

bercouple atau jual mahal


Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?

Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal? Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung.

Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.

Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.

Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.

Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.

Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.

Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.

Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.

Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.

Aduh! Saya menjadi semakin bingung.

Benarkah ini semua?

Erti couple, cinta dan perkahwinan

Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.

Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.

Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.

Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.

Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.

Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.

Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?

Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang.

Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?

Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.

Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.

Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.

Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).

Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.

Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).

Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.

Jual mahal?

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.

Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?

Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?

Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama.

Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.

Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.


cedit to Puan Nuur Zaffan Khalid yang merupakan seorang penulis yang cukup profilik. Anak kelahiran Raub, Pahang ini berkelulusan dalam Seni Bina dari sebuah Institusi di luar negara kini merupakan English Coach di Coaching Zone Sdn Bhd dan juga Perunding Latihan di iluvislam.com.

kisah ini ku paparkan unk renugan kita bersama...tidak ada kaitan dgn diriku hanya sekadar peringatan..

Wednesday, March 2, 2011

monolog aku seorang insan.... :-(


tetiba hatiku tergerak mencorek kisah seorang hamba yang masih mencari siapa dirinya...sedih dan tetiba tepikir diminda..AKU BELAJAR AGAMA..KENAPA AKU SUSAH NAK AMALKAN APA YANG AKU BELAJAR...AKU TAK BERBANGGA RESULT AKU BAGUS..TAPI AKU JADI SEDIH KERANA ILMU AKU HANYA DI ATAS KERTAS PEPERIKSAAN...di saat aku belajaq ilmu agama bersama pensyarah-penyarahku yang tak jemu mencurahkan ilmu..aku begitu teruja dan kagum melihat mereka..terpikir aku..bagaimana ustaz2 dan ustazah2 aku boleh menyebut patah2 kalam suci al-quran dan hadis2 nabi dengan begitu petah sekali, seolah-oleh mereka menghafaz ribuan hadis munkin..huh...tapi aku??? apa yang ada pada aku..apa yang aku dapat belajar selama usiaku mencecah 21 tahun ini..selama 21 tahun ni apa yang aku dah buat untuk agama aku..tetiba aku terasa aku begitu jauh dengan Allah...aku nak menagis tetapi aku tak tahu sebab apa aku perlu menagis..aku terasa kehilangan sesuatu yang berharga..ah..aku masih mencari...apa yg aku hilang..harga diri aku sebagai seorang wanita?? pergaulan aku dengan lelaki..ya Allah ikhtilat aku terlalu bebas..bukan salah untuk aku berprogram..aktif dalam segala bidang...tapi bagaimana dengan ikhtilat aku..aku tak menjaganya..munkin itu sebab aku perlu menangis..itu yang aku hilang..perlu mencari dan dapatkan semula harga diri itu..untuk apa??..untuk aku dapat cinta ilahi yang aku rasa semakin lama semakin pudar dlm diri ini..aku rindukan aku yang dulu..jika dulu lelaki hendak dengar suara aku umpama menunggu mutiara gugur dari langit..tapi sekarang???...Allah...berat ku rasa ujian ini ya Allah...ilmu ku rasa sangat sedikit dalam diri..so apa tindakannya..takkan nak orang suruh..takkan nak orang bebel baru nak buat...peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai...pebaiki diri tingkatkan ilmu...jgn hanya retorik semata-mata...mencari dan terus mencari...

"Katakanlah: ""Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah ali Imran ayat 31 )

aku menasihati diriku yang aku adalah sepacal binatang yang hinadan aku katakan pada hatiku Islam tdk perlukan aku..tetapi aku yg memerlukan Islam dalam hidupku, kemudian aku berkata pula pada rohku, ketahuilah roh yg hina sebenarnya kita tak akan bahagia di dunia ini jika tak ada kasih syng dari-Nya bersyukur dan bersabarlah! Allah sentiasa dengan kita wahai rohku..wahai rohku yag hina kita punya matlamat..kita mesti teruskan perjuangan ini walaupun ku tahu begitu sakit menangung segalanya tapi matlamat kita adalah redhaNya...

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” ( Surah az Zaariyat ayat 56 )