Friday, July 30, 2010

Jika Rasulullah di samping kita hari ini…lau kana Rasulullah ya’ti a’alaina daqiqatan wahidah’….


Beg duit seorang wanita jatuh,lalu datang seorang lelaki yang brbasikal lantas mengambil beg duit tersebut. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagak sebagai penyelamat mengejar lelaki berbasikal tersebut..
Rupa-rupanya wanita tua itu sengaja menjatuhkan beg duit itu kerana ini merupakan salah sebuah rancangan reality tv oleh MBC salah sebuah stesen televisyen arab. Rancanagn ini begitu menarik yang dinamakan ‘lau kana Rasulullah ya’ti a’alaina daqiqatan wahidah’ yang bermaksud jika Rasulullah SAW datang kepada kita selama seminit..
Rancangan yang menarik ini sengaja mahu melihat kejujuran pemuda pada zaman sekrang denghan meletakkan kandid kemera. Mereka mahu membuat bancian tentng kejujuran orang awam di jalanan sama ada amanah atau sebaliknya dengan barang yang dijumpai di tepi jalan. Kemudian mereka akan mewancara sesiapa yang ‘terkena ‘ itu dengan bertanyakan soalan ‘jika nabi Muhammad datang kepada kamu ketika ini apakah yang akan kamu lakukan…?’
Ada salah seorang daripada orang awam yang diwanwancarakan itu menagis teresak-esak sambil berkata ‘tidak munkin Rasulullah datang! Tetapi aku amat mahu bertemu Rasulullah,mahu memeluk baginda… mungkin rancangan ini boleh ditiru oleh stesen-stesen telivisyen Malaysia.
Sejauh manakah kita cintakan Rasulullah?sejauh manakah sensitive kita terhadap masyarakat bukan islam yang menghina Rasulullah sebagaimana pelukis dari Denmark melukis karikatur menghina nabi? Adakah kita sekadar membaca sahaja atau hati kita tersentuh menagis kerana bila Rasulullah dihina,kita juga rasa turut dihina?
Hakikatnya, sejauh manakah hati kita sayang dan cinta kepda Rasulullah hanya kita sahaja yang tahu…atau kita hanya sirah Rasulullah hanya semasa darjah 4 dan 5 kerana mengikuti kelas KAFA mahupun fardu ain yang kita telah tinggal lama berbanding cerita gossip-gosip artis berbanding sirah Nabi. Tahukah kita berapakah anak Rasulullah?isteri Rasulullah ada berapa?bilakah tarikh wafat baginda?ketka umur berapakah nabi menerima wahyu?
Jika soalan-soalan ini hanya anda jawab,”elleh ini budak darjah 4 pun tahu” ataupun kita kata tak ingat kerana kali terakhir belajar dan terdengar sirah nabi pada umur 10 tahun! Atau anda merasa tidak cukup penting kerana merasa sudah cukup sdengan ibadat selama ini?maka,ini menunjukkan kita sanagt jauh dengan nabi.
Munkin soalan ini paing tepat denga kita…layakkah kita mendapt syafaat nabi semasa akhirat nanti? Layakkah kita meminum air telaga kauthar bagaimana dijanjikan Allah pada surah Al-kauthar yang di mana pada hari itu tiada dah air coca-cola,air ABC di sisi kita…?layakkah kita bertemu dengan nabi? Kenalkah nabi denga n kita walaupun kita mengaku kitalah umat Nabi Muhammad tetapi sirah nabi pu kita tak tahu?
Cuba kita bayangkan jika Rasulullah tiba-tiba datang ke zaman kita. tidak perlu kita bayangkan kita kembali ke zaman Rasulullah,tetapi Rasulullah datang kepda kita!kemudian menziarahi rumah kita. Rasulullah melihat di dinding rumah kita penuh dengan poster-poster artis,di dalam MP3 kita pula penuh dengan lagu-lagu inggeris berbanding al-quran 30 juzuk.
Kemudian Rasulullah masuk ke bilik kita, baginda melihat pula buku-buku di rak dipenuhi komik-komik dan majalah2 yang tidak menutup aurat berbanding dengan al-quran yang sudah berhabuk tidak disentuh. Kemudian di dalam computer riba kita pula penuh dengan cerita-cerita drama koria berbanding kisah sirah Rasulullah….
Kemudian baginda menagis melihat umatnya..
Pada masa itu layakkah kita yg mngaku cinta kepada rasulullah memeluk baginda? Tidak malukah kita kepada Rasulullah?jika kita merasakan pada waktu itu kita malu hendak membawa Rasulullah ke rumah kita, maka kita sendiri sudah tahu sejauh manakah kita cinta & saying kepada nabi Muhammad..
Jika selama kita hidup kita tidak pernah menitiskan ait mata kerana Rasulullah,agak-agaknya ingunkah baginda memberi air di telaga Kauthar kepada kita?mungkinkah ketika malaikat munkar nakir bertany akan kita siapakah nabi kamu?mampukah kita menjawab soalan itu tatkala malaikat bertanyakan kita di kubur yg gelap berbantalakan tanah dan diliputi kain kafan yang berwarna putih,tepuk dada Tanya iaman….<3..

Sumber: http:/halaqah.net/v10/index.php?page=418

No comments:

Post a Comment