Thursday, March 31, 2011

Muhasabah facebook dan telefon bimbit


Notes ni ana dapat dr FB seorg sahabat... Sebagai renungan kpd kita semua termasuk diri ana... Kita sibuk bincang pasal perjuangan Islam tapi perkara "kecil" dipandang bagai debu2..

Kini, ramai yg paginya dimulakan dgn memeriksa inbox telefon masing2; kalau2lah ada sms daripada si dia, betapa banyaknya perhatian kita kepada manusia berbanding kpd Pencipta kepada segala-galanya (Allah s.w.t) . Adalah lebih elok jika kita mulakan pagi yg penuh rezeki itu dengan mengucapkan syukur kepadaNYA, sebab telah menghantar semula roh ke dalam jasad kita semula; setelah semalaman kita tidur dengan lena...

Ramai juga yang memulakan hari dgn "kegusaran di dalam jiwanya" akan persoalan2 megenai akaun facebooknya, bagaimana dgn pesanan terbaru yg perlu dijawab, permintaan menjadi rakan dan makluman terbaru, tak kurang juga komen2 yg menjadi keutamaan utk di balas semula, gambar2 yg ditambah dengan suka(like), dan ditag oleh kawan2 kita.

Jika inilh perkara utama yg kita sibukkan, maka tampaklah ummat akhir zaman ini telah mealpakan diri dengan dunia. Keutamaan ibadah harian entah kemana, solatnya, amalannya, bagaimana pula dgn mutabaahnya... apa yg menjadi kegusaran di hatiku adalah, teknologi yg menghubungkan ini, membuatkan manusia menabrak batas perhubungan, malahan; sudah tidak dikira ikhtilatnya. Mana tidaknya jika sampai ke jam 2@3 pagi masih setia tangannya membelek telefonya berbalas sms, jari jemari masih rancak menaipkan kata2 di ruangan chat facebooknya... Ada persoalan yg perlu difikirkan disini, adakah teknologi ini membuka kpd ruang utk tercetusnya musibah dan bala yg melanda? Ataupun, ia punca kepada fitnah segala?

Aku amat risau apabila diriku dan melihat teman2ku yg sentiasa ada telefon bimbit di tangannya; kerna pada hematku, inilah perbincangan yg peribadi, antara dua insan yg saling melontarkan kata2 yg bertujuan utk mempengaruhi antara satu sama lain, yg berhasrat utk menang, dan pada masa yg sama untuk memujuk..tambahan pula utk insan yg "berlainan jantinanya", risau aku risau.

Apakah perbincangan yg dimulakan dari awal pagi, hingga ke lewat malam, malahan ke awal pagi keesokan harinya..? membincangkan fatwa ke? Membincangkkan khilaf ke?
Padaku, elok utk kita muhasabah diri ttg dua benda utama dunia ini, pujuk diriku utk kembali kpd Al-Quran & sunnah, utk utamakan Allah & Rasul.
Padaku, eloklah kita bermuhasabah diri dgn facebook dan sekutunya, kerana takutkan kita dijerat dgn musibahnya di akhir nanti... ~Wallahualam~


Maaf kalo ada silap & salah.

Hamba yg serba hina di sisi manusia apatah lagi di sisi Allah..

No comments:

Post a Comment